Yesterday is a History, Today is a Reality, and Tomorrow is a Mystery.

"Cinta x boleh dilihat oleh mata, x boleh didengar oleh telinga, x boleh disentuh oleh tangan. Cinta hanya boleh dirasa dengan hati, seperti hati aku merasa kamu"

Monday, June 28, 2010

Love Fate ~4

              Indri berlari menuju ke asrama sambil memaki-maki hamun. Kalau boleh, dia nak je belasah cukup2 si Indra tp takut kena demerit plak. Geng KID yang menunggunya di depan pagar pintu masuk asrama pun tidak dihiraukan. Yang dia tahu, dia ingin mengamuk sepuas-puasnya hatinya.

            Tapi dia puas dapat tendang mamat lembik tu punya ‘weapon’. Huh! Baru kena sikit dah terduduk terus. Dia tak akan sekali-kali menangis depan lelaki tu walaupun hakikatnya dia berasa amat sedih tadi. Tuhan je yang tahu perasaan aku. Indri meneruskan lariannya dengan fikiran yang serabut dan hati yang gundah gelana. 

             “Ada yang tak kena. She’s look…scary!.” Kata-kata Farsha disambut dengan anggukan ahli Geng KID yang lain. Indriana? Marah?? It’s impossible coz Indri seorang yg emotionless. Dia seorang yg sabar. Hati beku. Marah adalah sesuatu perkara yang mustahil. Fikir Geng KID.

            Indriana bukan seorang gadis yang hot-tempered. Hatta,kalau dia dikutuk, diperli atau dimarah sekalipun…dia buat muka toya je! Katanya buang air liur bergaduh ngan org x de otak. Itu memang mereka berlima pasti. Tapi apa yang berlaku tadi betul-betul memesongkan pemikiran mereka. Apa yang dah jadi? Soal mereka di dalam hati sambil berpandangan antara satu sama lain.

           Indri menekup muka dengan bantal busuknya. Seboleh-boleh daya dia ingin melupakan incident gila+shock tadi. Masih terngiang-ngiang di telinganya suara garau Indra yg sampai sekarang x bleh dia lupakan. Kau kenapa Indri? Sakit mental ker ingatkan lelaki kerek tu? Arghhh!!! Bantal busuknya menjadi mangsa tumbukan Indri yg ala-ala dah nak naik bengong. Huhuhu...flashback balik time kat koridor tadi. 

            “Kau diam jelah!” Indra memandang Indri dengan   pandangan yang penuh menggoda. Dia meneliti setiap inci wajah gadis itu dengan penuh khusyuk sehinggalah…

            “Aduh!!!”Indra sudah tertunduk menahan sakit yang tak tertanggung itu. Indri mencekak pinggang selepas berjaya melepaskan diri dari ‘perangkap’ Indra. Dia tersenyum puas. Ambik kau! Kan dah kena sebijik kat ‘situ’ dengan aku. Buatlah lagi…

             “Padan muka kau. Nak sangat kena dengan aku. Kau buat lagi sekali, lagi teruk dari ni pun aku boleh buat! Jangan kau suka-suka pegang aku. Aku benci kau. Jangan kau ingat aku ni perempuan murahan!” herdik Indri lalu berlari meninggalkan Indra yang terkontang-kanting seorang diri menahan kesakitan.

********************************************************** 

             Terkekek-kekek  Fido, Apis , Zamir dan Wan ketawa  sampai terjatuh katil si Fido. Apis dah guling-guling sakan kat lantai sambil ketawa sakan. Zamir dan Wan sedaya upaya menekup mulut menahan tawa mereka yg dari tadi x boleh berhenti. Muka cemberut Indra lagi menguatkan tawa mereka. Bergabung ketawa mereka berempat melihat Indra masuk ke dalam dorm 5 Aspura macam orang injurt patah kaki dgn cara jalan macam x betul jer. Rupa-rupanya...memang injurt pun tp kat tut....

            "Tulah kau...kacau lagi anak dara orang. Lagi-lagi si Indri. Mau x selamat kau kalau si Indri bagi kick-boxing dia terus. Wei, minah boxing si Indri tu..."ujar Wan.

            "Aku main-main jer...dia yg emosi lebih!"bentak Indra. Dia menghempas punggung di atas katil Zamir. Masam sungguh muka Indra.

           "The problem is...kau punya main-main tu x kena tempat dan orang. Ada ke patut kau buat aksi ala-ala perogol bersiri? Memang padan ngan muka kau!" tempelak Apis pula.

            "Bak kata Hlovate,'Don't dare to trouble the trouble if you don't want the trouble to trouble you'!" Fido memberi syarahannya pula.

            "Dia yg mula dulu. Membebel jer kerjanya.Pening aku. Itulah...inilah...semua yg aku buat bagi dia... semua x kena!"Indra membela dirinya.

            "Kot ye pun...sabarlah jelah, bro! Bukan boleh bawak mati pun bebelan dia tu..."nasihat Zamir yg duduk di sebelahnya. Tak  jadi terus niat dia untuk mandi bila mendengar  cerita Indra. Ditepuk-tepuk perlahan bahu sahabatnya yg problem je memanjang.

           "Sudahlah!! Aku nak tidur! Blah-blah! Jgn kacau aku!" Indra mula memanjat tangga katilnya yg terletak di atas katil Zamir. Selimut ditarik hingga menutup muka. Sisa-sisa ketawa rakan-rakannya masih kedengaran.

           "Ceh, nak tidur konon! Piiraaahh..."

           "Huish...respect aku kt Indri seh... Diam-diam ubi minah tu rupanya. Sekali dia hot, dgn-dgn si Indra sekali dia boxing!" Apis, Zamir dan Fido gelak dgn facts yg dinyatakan oleh Wan.

           "Tulah...sungai yg tenang, jangan disangka x ada buaya, Encik Indra oi..."Yakin Indra belum lagi tidur, mereka berempat menyambung lagi dgn ketawa yg lebih up dari tadi.

              Indra memekakkan telinganya bila Apis, Fido, Wan dan Zamir memerlinya pedas. Dia mengira kambing sekor demi sekor sampai tertidur.

            



 

      


 

           

 

No comments:

Post a Comment