Yesterday is a History, Today is a Reality, and Tomorrow is a Mystery.

"Cinta x boleh dilihat oleh mata, x boleh didengar oleh telinga, x boleh disentuh oleh tangan. Cinta hanya boleh dirasa dengan hati, seperti hati aku merasa kamu"

Monday, May 31, 2010

'Sayang, 143' 3

Di belakang pentas, ahli band Echo sedang bersiap sedia dgn instrument masing2. Winn mengagihkan list lagu yg akan dibawa oleh mereka malam ni. Ade 6 lagu kesemuanya. Dia meluku kepala Jatt yg x abis2 dgn handphonenya.

“Woi, sakitlah! Hish, ganas betul si Winn ni !” Kepalanya digosok2 perlahan.

“Padan muka kau. Kita dah nak perform ni kau sempat lagi main mesej. Aku campak handphone kau masuk loji penapis taik nak??!!”marah Winn. Dasar playboy platinum betul. Melekat 24 jam je ngan handphone dia tu. Gerutu Winn dalam hati.

“ Yelah mak cik Winn oi…aku simpanlah handphone ni.”Jatt tutur dgn nada rendah. Winn ni jenis nekad sikit. Dia menyimpan handphonenya dlm kocek seluar lalu dibetulkan sekali lagi style rambutnya buat kali yg ke 15. 

“Dah hensem dah tu...kalah Pak Abu jual kerepek.”ejek Winn. Jatt cuma mencebik bila sumer kwn2nya ketawa kecil.

“ Guys, instrument ok?” tanya Rich sebagai leader Echo memainkan peranannya setiap kali band mereka ade show.

“Yupp, mine’s good!” Jatt angkat tangan dengan signal ok.

“Aku pun.”Ten menjawab tanpa mengalihkan matanya dari meneliti senarai list lagu. Mak oi, gila gempak lagu2 dak Winn ni arrange.

“Me too...”Winn sengih tayang thumb up kat Rich.

“Ready to rumble, chief!”jawab Irina pula sambil senyum perisa strawberry. Siap tabik spring lagi.

“Count me in!” Leed jerit excited dgn rambutnya yg ditocang dua kiri dan kanan beralun2.

Rich menggeleng lucu melihat kerenah teman2nya yg bermacam2 sifat. Dia melangkah ke arah Bro Jiman yg mengurus pentas untuk membincangkan sesuatu.

“Wei, Leed! Kau tu vocalist. Mana ade instrument,”sindir Jatt dgn senyuman musang x berbulu dia tu.

Leed dah menjeling tajam. Irina tergelak tgk 2 org kawannya ni bertekak. Ten buat bodoh. Dah biasa.

“Woi, mat platinum! Suara aku ni kira instrument jugak tau!” Leed tak mahu kalah membalas. Dia bergerak ke tempat Irina mahu meminta bantuan skuad tambahan. “Irina…kau tgk si Jatt ni. Kang ade plak kes bunuh berlaku ni...”rengeknya sambil jari telunjuknya di aju pada Jatt.

Jatt buat muka x berdosa jer bila Irina merenungnya tajam. Hish!! Si Jatt ni suka betul kacau Leed. “Jatt….”nada suaranya dah bergetar tahan geram. “Apologise now! Kang si Leed ni mogok suara, sape yg nak nyanyi?! Kau ker?!”sambungnya lagi sambil angkat kening double jerk menyindir.

“Yolah! Yolah! Leed, I’m sorry kay..”pujuk Jatt lalu merapati Leed ngan muka baby facenya.

“Big Mac Double Cheese with McFlurry Oreo?”

“Deal!”

Perjanjian perdamaian dah termeterai dgn makanan sebagai perantara. Hebat betul!

Rich yg sudah abis berbincang dgn Bro Jiman  kembali ke tempat rakan2nya berkumpul. “Guys, its time to rumble!”ujar Rich sambil tersengih happy dgn peace di tgn. Dia membaca doa setiap kali sebelum mereka mula perform.Yg lain jadi tukang mengaminkan doa. Ya, Allah! Restuilah kami utk buat yg terbaik. Amin. 

Jeritan crowd yg kuat di depan pentas Exile memanggil2 nama Echo  menyemarakkan lagi semangat ahli band Echo utk memberikan persembahan yg terbaik.

“Let’s go!!!”jerit ahli band Echo serentak lalu melangkah ke pentas dgn yakin dan mengambil posisi masing2. Leed- vocalist, Rich-lead guitar n 2nd vocalist, Irina-main guitar, Jatt-drummer, Winn-pianist and Ten-bass guitar. Echo in the house, baby!!

***************************************** 

Kai dan Luke tiba di Exile bila Echo baru abis menyanyi satu lagu. Keadaan yg sesak ngan peminat2 band Echo menyukarkan pergerakan Kai dan Luke untuk ke depan pentas. Alih2 mereka buat keputusan untuk berdiri di belakang sekali berhampiran dgn kaunter minuman. Malas nak bergasak2. Suara Leed yg serak2 basah itu menarik perhatian Kai dan Luke. Mereka berdua mengangkat tgn memberi isyarat kepada ahli band Echo. Rich yg menyedari kehadiran classmatesnya mengangkat tgn tanda peace. Ahli lain yg baru perasan turut membuat simbol yg sama.

Irina terkedu bila mata Kai yg berdiri di belakang sekali memandang ke arahnya. Mereka berdua berlawan menentang pandangan sesama sendiri. Irina tersenyum menang bila Kai mengalihkan kepalanya ke kiri. Luke?? Dia melihat Kai menepuk bahu Luke dan mengisyaratkan ke arahnya. Kini Irina bertentangan mata dgn Luke yg jelas tersenyum ceria memandangnya sambil melambai2 tangannya. Irina membalas lambaian Luke dgn senyum plastik. Kai disebelah Luke pula membelakangkan stage. ‘Kai x guna!’

“Alright everyone…we would like to dedicate our next song for two gentleman at the back there, our classmates, Kai and Luke.” Leed menunjuk ke arah belakang sambil diikuti oleh semua mata yg ada dlm Exile termasuk lampu stage. Kai dan Luke senyum sehabis manis. Mereka berdua serentak mengangkat tgn Hi-5. “Guys, thanks for coming! This song for you guys. Empty Decoration.”sambung Leed lagi lalu Jatt the drummer pun memulakan rentak dgn sticknya. 1..2..3.. 

Suara Rich masuk dulu membawa part lelaki. Tepukan gemuruh dari semua pengunjung Exile membuat dia tersenyum kecil. Dah biasa…

 I walk in the dawn to showers of  light

Moments of emptiness around

Floating away with auras of hope

But reality brings me to the ground

What can I do?

What can I say?

I need a place to hide away

Just for a while, just for a smile

Just for the life I used to know

Suara Leed pula mengambil alih dan memukau penonton yg datang.

Where every song

Was filled with words of love and not of anger

Where did they go?

Why did they leave me far behind?

Kai dan Luke yg turut menyorak tersenyum bangga. Gelas coke di tgn yg sudah kosong isinya diletakkan di atas kaunter minuman untuk refill. Mereka terus duduk di kerusi kosong yg berhadapan dgn stage membawa gelas masing2.

“Man..they're good!” kata Kai kepada Luke memuji dgn suara yg sengaja dikuatkan untuk melawan sound system dalam Exile.

“Your right! Even the girls standard of skill, way too much better than the other boys!” Luke membalas dgn nada yg sama. Dia kagum dgn skill yg ditunjukkan oleh Irina, Winn dan Ten. Impressive.

Cause I don’t wanna be alone

Riuh Exile bila semua peminat masuk ke dalam korus serentak.

Oh oh

Living  life  all on my own

Oh oh

Kai mengangguk setuju. Dia mengalih pandang kearah stage. Leed’s voice suit the song. The reality too.

I don’t wanna live my life in isolation

Filled with empty decorations

Cause I wanna be with the people that I know

Who will do the things  I do

Oh oh

Making all my dreams come true

Oh oh

I don’t recognize the shadows at my door

Though I’ve seen them all before

Because the only thing I really want

Is  to be with you…

“Tapi x hairanlah. Irina’s brother, Izz is a talented young musician that got the attention of Divine Music Record, the best record company in USA tu... Of course lah budak tu terror main gitar. Mestilah abg dia ajar. Si Winn tu pulak dari kecik asyik mengajak aku teman dia pegi kelas musik. Dah besar ni dia heret plak aku pegi jamming ngan tgk show dia. Aku yg dari kayu bab main gitar ni pun dah sama taraf ngan si Rich tu. Kalau si Ten tu pula….aku x pasti. Tapi dengar citer, dia belajar main gitar sebab Izz, Irina’s bro.” jelas Kai lagi.

Luke ternganga mendengar penerangan Kai yg panjang lebar. Mak oi, lengkap semua details. Dia memandang curiga pada Kai. “Bro, kau ni stalker ker? Semua kau tahu?”Luke menggosok2 dagunya mushkil.

Kai jatuh rahang bawah. “Mangkuk kau! Stalker pekebendanya! Si Winn yg bagitahu akulah! Selisih malaikat 44 aku jadi stalker. Kalau kau yelah kot…”

Luke yg sedang meneguk air cokenya yg baru diganti tersedak kecil.

“Woi, bila masa pulak aku jadi stalker ni??”tangannya mengurut2 dadanya yg sakit tersedak.

“Hello….! Kau dah lupa? Irina?”perli Kai sambil memuncungkan bibirnya kearah stage.

Luke senyap tiba2. Dia cuba refresh balik memorinya yg dah berkarat. Tiba2 bibirnya mengukir senyuman kecil.

“Ala bro..itu bukannya stalking. I was just asking. To know each other better.” Luke membela dirinya sambil memandang stage di depan.

Suara Rich pula take over balik rangkap seterusnya. Yg lain2 gempak buat gimik ngan alat masing2.

Hiding my face, crying alone

I need to find my way back home

Back to the face, the wonderful days

Living the life I used to know…

“Huh! Asking  la sangat.” Kai menongkat dagu sebelah tangan sambil merenung sayu pada Irina yg  tgh galak menggoreng gitarnya. Suara Leed yg mengambil alih partnya mencecah gegendang telinga Kai.

 Where every smile

Was born out of love and of sincerity

And every tear of overflowing joy…

Luke dah bersiul2 bila suara duet Leed dan Rich menyanyi part korus. Kai menggeleng kepala di bawah sedar dgn senyuman di bibir.

Cause I don’t wanna be alone

Oh oh

Living life  for  all my own

Oh oh

I don’t wanna live my life in isolation

Filled with empty decorations

Cause I wanna be with the people that I know

Who will do the things  I do

Oh oh

Making all my dreams come true

Oh oh

I don’t recognize the shadows at my door

Though I’ve seen them all before

Because the only thing I really want

Is  to be with you…

Tepukan gemuruh bergema dalam Exile sejurus saja Leed dan Rich abis menamatkan lagu. Kai mengeluh kecil. The song suit me too. Kai dan Luke berada di Exile sehingga band Echo habis menamatkan persembahan mereka tepat jam pukul 11.10 malam. Nasib baik esok hari Sabtu. Tak de sekolah. Selepas tu mereka pulang ke rumah masing2 diiringi angin sejuk yg membawa 1001 persoalan dan impian.

**************************************

 

Sunday, May 30, 2010

'Sayang, 143' 2

Luke melihat Kai dgn pndgn pelik. Apesal mamat ni ari ni? Termenung jer dari tadi. Ape yg dipandangnya kat luar tingkap tu pun aku x tahu. Tersengih2 lak tu. Luke ganjil melihat Kai tgh mood swing ala2 in dreaming land. Pelik betul Kai ni.

Kai teringat peristiwa lucu 2 tahun lepas antara dia dan Irina. Dia ketawa kecil bila teringat gelagat Irina yg ala2 Indiana Jones x jadi tu. Semua tindakan yg Irina lakukan nampak comel di matanya. Ketawanya mati dan wajahnya kembali muram bila teringatkan peristiwa yg membuat dirinya berubah 100%. Semuanya demi seseorang yg paling dia hargai dalam hidupnya.

Hah, tengok! Kejap2 sengih. Kejap2 ketawa. Lepas tu muram pulak muka dia. Manalah aku x kata dia ni pelik. ‘Kai, kenapa kau jadi macam nie?’ Luke mengeluh berat.

Bayangan wajah Irina lenyap bila dia disiku oleh orang sebelah. Segera dia menoleh dengan muka yg x bleh ditafsir riaknya. “ Ape?”tanyanya tenang.

“Kau kenapa ni, bro? Dari tadi pelik je aku tengok kau. What’s wrong?”tanya Luke prihatin.

“Tadepaper…kau x payah risau. By the way, ada gig x malam ni?” soal Kai excited. Muka Luke yg nampak geram dia buat derk je. 

Luke mendengus kecil. “ Kau ni…asal aku tanya jer, kau tukar channel pulak eh! Ape punya member ar…”

Kai tergelak melihat Luke merajuk. Ditepuk-tepuknya bahu Luke sambil tersenyum. “Come on, bro. x payah ar kau nak ngajuk2 ni. Ape punya spesis lelaki ar kau ni main ngajuk2 lak?”guraunya.

Dush!! Satu tumbukan kecil dilancarkan oleh Captain Luke pada bahu pihak musuh a.k.a General Kai.

“Adoi!!! Sakit ar, Luke!” Kai mengosok2 bahunya yg  pijar. Jangan main2 dengan penangan yg Luke berikan coz lelaki tu johan peringkat daerah dalam Taek Won Do. 

“Padan muka kau! Main2 lagi dengan aku!”

“ Dahlah! Aku punya soalan tadi macam mana?? Ada gig x hari ni?”tanya Kai sekali lagi.

“Ada…band cousin kau main hari ni. Pukul 9 malam. Kat Exile.”tunjuk Luke ngan thumb up nya ke arah satu geng di sebelah hujung kelas yg duduk berhampiran dengan pintu belakang kelas. Sebaris dengan line Luke dan Kai.

 “Echo??!!”

“Yelah…abis tu kau ingat apa, air-cond?!” Luke dah bengang. Time 2 dia rasa nak ketuk2 jer kepala member kat sebelah ni. Macam x taw lak nama band sepupu sendiri.

“Rileks ar, bro. Aku just nak komfem je. Kau nak join x?” Kai mengeluarkan buku teks Bio dalam laci dan diletakkan di atas mejanya. Pencil case besi dikeluarkan dari dalam beg sekolah. 

Luke awal2 lagi dah prepare semua buku-buku and barang-barang for subject Bio kat atas meja. Pelajar contohlah katakan. “Mestilah aku nak join. She’s there too. Tapi kalau kau ikut, aku sure akan happy berdouble2. Hehehe.” Luke dah senyum sampai ke telinga. Matanya x lekang memandang orang diseberang yg  tengah sakan bergelak tawa dgn member bandnya.

“Pukul 8.30  lepas Maghrib.” Balas Kai tanpa nada lalu segera berpaling ke arah lain. Dia berpura2 membelek buku teks Bionya dengan harapan Luke x perasan riak wajahnya yg berubah.

Luke yg hairan menjunkit bahu. Dah masak sangat dgn perangai insan yg bernama Edree Kairi bin Ahmad Naim. Unpredictable. Cikgu Linda yg melangkah masuk ke dalam kelas 5 Alpha itu menarik perhatian seisi kelas. Serentak pelajar2 kelas 5 Alpha termasuk Kai dan Luke bangun memberi salam tanda hormat.

*****************************************

Di rumah banglo 3 tingkat milik arwah Dato’ Azmi Abdullah, seorang imam sedang mengetuai solat maghrib berjemaah dengan penuh tertib dan takzim diikuti 4 orang makmum lelaki dan seorg makmum perempuan. Selesai saja doa yg dibaca Mike habis, Raff, Izz, Rie, dan Fann terus menyalami abg sulung mereka. Irina yg terakhir sekali bangun menyalami abg2 dan adiknya.

“Akak, pukul bape show start?” tanya Izz yg tgh melipat sejadah.

“Pukul 9 malam.”Irina melipat telekungnya lalu disangkut pada penyidai kayu yg terletak di penjuru bilik solat itu.

“Pegi pukul bape? Dengan sape?” Rie pula bertanya. Songkoknya diletakkan di atas meja.

“8.30 ni. Akak pegi ngan Leed. Jap lagi dia sampai ar.”beritahu Irina.

“ Pergi naik ape?”Raff yg sedang menyusun Yassin pula menyoal.

Haila! Haila! Haila! Ni yg leceh ni. Soal siasat aku macam CIA je tiap kali aku nak kuar. Irina dah buat muka bosan. “By Jatt’s car.” Irina menjeling tajam Fann yg  tgh mengekek ketawa. Siap kau aku kerjakan, Fann!! Bagi taw Irina melalui pandangan matanya.

Terus mati ketawa Fann melihat kakaknya dah kuar aura membunuh. ‘Mesej’ yg disampaikan Irina diterimanya dengan kelat. Air liur dah rasa pahit semacam jer. Bunyi loceng rumah tiba2 mengejutkan adik-beradik tadi. Fann segera berlari sambil melaung “I’ll get it” ke arah pintu di ruang tamu. Hehehe…of course lah nak ngelak dari kena tibai ngan Irina.

Irina mendengus geram. Tahu sangat ngan perangai adik bongsunya itu. Dia segera berlalu masuk ke dalam bilik untuk bersiap-siap. Laungan Fann yg memberitahu kedatangan Leed dibalas balik dgn vokal yg sama kuat. “Suruh dia masuk bilik akak!!!”

 Setelah 15 minit menyiapkan diri, Irina turun ke ruang tamu beriring dgn Leed sambil mengendong beg gitarnya. Tangan abang2nya yg dok khusyuk main ps3 disalam memohon restu. Belum sempat kakinya melangkah keluar, suara Mike  mencecah gegendang telinganya.

“Akak, by 11.30pm mesti dah sampai rumah! Lambat, tidur kat kandang lembu! Got it?! ”ujar Mike tegas.

“ Yes Boss!!”jawab Irina siap dengan tabik lagi. Kejam cam Siberia plak Abg Mike aku ni suh tidur kt kandang lembu. Ceh, macam ada. Leed dibelakang dah pecah tawa.

“Akak!”panggil Mike lagi.

“Yes?”

“Rock the stage!!”balas Mike, Raff, Izz, Rie dan Fann serentak sambil tunjuk symbol rock.

“Okie dokie!” Irina tunjuk sign ok sambil tersengih. Bunyi horn kereta mengejutkan Irina dan Leed.

“Abang, Jatt’s here! Kitaorang gerak dulu.” Irina dan Leed melaungkan salam sebelum masuk ke dalam perut kereta Toyota Jatt dan berlalu pergi.

Meanwhile….

“Kaiiiiiiii !!!!!” suara Luke yg bergempita dgn bunyi motorbike Toyota Hayabusa hitam mengejutkan Kai yg sedang terkocoh2 menyarungkan T-shirt  putih tanpa lengan. Disemburnya perfume Dazling pada seluruh badannya. Jaket leather coklat disambarnya di atas katil sebelum bergegas keluar dari biliknya.

“Kaaiii!!! We’re late!”jeritan Luke di luar pagar naik satu lagi oktaf. Ni yg bikin hati gua panas!!

“I’m coming!!”Kai di pintu rumah membalas dgn nada yg lebih kurang sama. Tangannya ligat menyarungkan kasut Nike Air putih lalu melangkah ke arah Ducati merah miliknya.  Jaket kulitnya disarung pada badannya yg tegap. Nampak smart ngan Levi’s kelabunya.

Bunyi enjin motor start mengejutkan Luke yg tgh hot. Nampak jer penunggang Ducati merah tu di depan mata tanpa salam terus disemburnya rasa geram tadi. “Don’t you know the time is already 8.40pm, Edree Kairi Ahmad Naim?!”sindir  Luke ngan muka bengang.

“Sori bro. Aku jet-lagged ar tadi lepas solat. Tu yg terbabas. But, don’t worry. Aku sempat bersiram tadi…hehehe” gurau Kai yg bagi Luke x lawak mana pun.

“Jet-lagged tengkorak hang! Kau nak rasa kena gelek tren x Kai?!”tanya Luke bengang.

Dia cuma buat muka comel dgn sengihan di bibir  x lekang. Kai memandang Luke dari atas sampai bawah. Tangannya menggosok dagu mushkil. Baju lengan pendek hitam ngan blazer putih plus Levi's hitam gak. Ray-ban hitam disangkut di leher baju. Jam tangan Swiss hitam di tgn kanan dan bangle coklat di tgn kiri.  Bibirnya mengoyak senyum. Minat betul si Luke ni warna hitam.

“Wow, Luke! Smart dan bergaya kau mlm nie! Hensem gak kawan aku sorang ni.”

“Biasa bro. Pujaan aku main ari nie.” Mood Luke dah ok sikit  bila dah kena puji dek Kai.

 Tapi senyuman Kai terus mati. “Jom lah gerak!” ujar Kai pendek. Topi keledar terus disarung lalu Ducatinya meluncur laju di tengah jalan. Luke yg terkulat2 ditinggalkan Kai turut memecut Hayabusanya laju mengejar Kai.

         ******************************************

Monday, May 24, 2010

Love Fate ~3

        

        “Sapulah betul-betul sikit!!! Ada sampah lagi dekat dengan pintu tu…”marah Indri bengang. Lelaki di depannya ditenung geram. Mana dia tak marah, macam zombi je dia sapu lantai koridor tu. ”Mangkuk tingkat…zombi lembik...!” luah Indri tanpa disedarinya.

          Indra buat bodoh je mendengar gadis di belakangnya membebel. Huh! Kalau dah perempuan tu perempuan jugak. Zombi lembik dipanggilnya aku yang sikit punya tough ni. Nak kena minah ni. Penyapu di tangannya dicampak kasar betul-betul di depan kaki Indri.

           “Woi, apa ni?? Kau gila ke apa main campak-campak penyapu.” Indri mula hilang sabar. Tangannya dikepal kuat. Geramnya!

           “Kau diam sikit boleh tak!!! Memekak je dari tadi. Aku tahulah sapu macam mana. Kau buat kerja kau, aku buat kerja aku!!”marah Indra sambil berhadapan dengan Indri. Matanya merenung tajam ke dalam anak mata Indri yang hitam berkilat.

           Terpesona dia sekejap melihat keindahan di wajah Indri. Ligat kepala otaknya bekerja mengingati peristiwa pagi tadi yang melekatkan dirinya dan Indri selama sebulan. Sweet N Sour memori tu…

           “Di depan saya ni adalah dua orang pelajar yang lambat datang ke sekolah. Dahlah datang lambat, berani pulak menyembunyikan diri daripada pengawasan sekolah!”sindir Cikgu Zafran lalu mengerling dua pelajarnya yang sedang berdiri mengadap semua pelajar Sekolah Menengah Seri Kembangan. Biar malu sikit! Lepas ni, mesti tak berani buat lagi.

*************************************************************

          Indri dan Indra dah merah muka menahan malu. Cikgu Zafran ni tak patut betul! Baik dirotannya aku dari disuruh berdiri depan khalayak dengan mamat lembik ni.‘Aku malu….’Indri dah mula mengutuk Cikgu Zafran di dalam hati.

          “Sebagai hukuman ke atas kesalahan mereka, Nur Indriana Aliya dan Syed Indra Raffiqi dikehendaki membersihkan kawasan sekolah termasuklah longkang2 yg wujud dlm sekolah ni selama sebulan! Mereka akan memulakan denda mereka selepas tamat sekolah mulai hari ini.” Arahan Cikgu Zafran bergema di ruang dataran itu.

           Indra dan Indri berpaling maut ke arah Cikgu Zafran yang sedang berdiri di atas podium. Rahang bawah dah jatuh. Kemudian, mereka berpandangan antara satu sama lain tak percaya. Geng Indri yang terselamat dan rakan-rakan Indra menggeleng kesian. Mereka mengeluh mengenangkan nasib rakan mereka yang terkantoi. Tapi dlm hati rasa lawak tengok muka cemberut rakan masing2.

           Hai, apalah nasib aku! Mamat ni betul-betul mencabar tahap cooling point aku. Tapi, renungan dia tu…err..buat aku cair ar. Wait a minute! Stop!!! Apa kau ngarut ni, Indri? He’s your enemy! Hilang skru ape otak aku ni. Perasaan halus tadi segera dia usir jauh-jauh. Indri mengeluh di dalam hati. Dia segera mendongakkan kepalanya untuk menentang pandangan lelaki itu. Hish! Tinggi betul dia ni. Tinggi aku pun takat bahu dia je.

       “Apa?? Ingat aku takut bila kau tenung aku macam singa. Huh! Dalam mimpi jelah.” Tapi hakikatnya dia gerun melihat renungan lelaki di hadapannya itu. Terasa lemah semua sendi otot kakinya. 

         Indra mengigit bibir bawah. Geram dengan karenah Indri yang berani menjawab. Matanya meratah segenap inci wajah comel lote di depannya itu. Hehehe…rezeki jangan ditolak. Okay, back to business! Indra kembali fokus.

          “Oh, yeah… kita tengok kau kebal sangat ke tak…”ugut Indra. Indri mengerut dahi tidak faham. Bertambah lebar kerutan di dahinya bila kedua-dua bahunya tiba-tiba dipegang oleh mamat ‘lembik’ dan bertambah kencang debaran di dada apabila tubuhnya dirapatkan kepada badan Indra. 

           “Woi, apa kau buat ni…? Lepaslah! Kau jangan buat yang bukan-bukan! Kita kat sekolah ni! Lepaslah, hantu!!” tengking Indri. Hatinya bertambah kecut apabila Indra mendekatkan wajahnya pada mukanya. Gila ke mamat ni!!

          

 

Love Fate ~2

       Indra terjengket-jengket melalui blok kelas 5A yang terletak di belakang dataran. Dia cuba mencari peluang untuk menyelinap ke dalam barisan kelas. Dia menjenguk ke kiri.

        Clear! Tak ada orang!

        Dialihkan pandangannya ke sebelah kanan pula. Hampir terjojol kedua-dua biji matanya melihat benda yang paling digeruninya oleh seisi pelajar.

        Oh, my god! Sepantas kilat juga dia menarik kepalanya lalu bersandar di dinding dengan nafas yang tak teratur. Memanglah! Siapa tak kecut perut  kalau nampak Cikgu Safran tengah menuju ke tempat dia bersembunyi sekarang ni sambil bawak rotan setebal 2 inci.

         “Apa aku nak buat ni?”tanya Indra cemas kepada dirinya sendiri. Dengan pantas dia berlari ke belakang blok kelas 5A. Dia mengintai perlahan sambil kakinya melangkah ke belakang setapak demi setapak. Dia tidak perasan akan satu susuk lembaga yang membelakangi antara satu sama lain.

*********************************************************

            Indri mengurut dada tanda lega. Tadi hampir-hampir saja dia kantoi dengan Cikgu Safran di sebelah kelas 5A. Siap bawak rotan lagi. Boleh birat tangan kalau kena penagan rotan 2. Indri berundur ke belakang perlahan-lahan.

           “Aarrghhhh….!” Indri menjerit kuat lalu melompat kecil apabila belakang badannya tersentuh sesuatu. Spontan dia berpaling maut dan tiba-tiba mulutnya ditekup sebelum sempat dia menjerit buat kali kedua.

           Oh, mak kau! Indra terkejut apabila dia terlanggar sesuatu di belakangnya. Automatik dia berpaling apabila terdengar suara gadis menjerit.  Laju tangan kanannya menekup mulut gadis di hadapannya sementara tangan kirinya memegang bahu dan menyandarkan tubuh kecil yg meronta itu ke dinding. 

          Indri cemas bercampur takut. Badannya seolah-olah kaku tidak bergerak dalam pegangan lelaki di depannya. Matilah aku!! Mak, abah, ampunkan dosa Indri. Ya Allah! Selamatkanlah hambamu ini. Indri berdoa bersunguh-sunguh. Dia ingin menjerit tapi dia terus terdiam apabila melihat lelaki di hadapannya itu memberi tanda isyarat diam.

         “Shushh…diamlah! Aku bukan orang jahat. Tolong jangan menjerit kay… Kantoi nanti!”kata suara garau itu seolah-olah merayu.

          Indri mengangguk laju. Sebaik saja dilepaskan, Indri terus menolak tubuh lelaki itu jauh darinya dengan ganas. Bunga silat terus dibuka. Lelaki di depannya ditenung tajam.   

          “Awak sape?? Nak ape?? Suka suki je pegang anak dara orang ape kes??”tanya Indri bertalu2 dgn kasar. Belum sempat Indra menbalas soalan Indri mereka telah dikejutkan dengan satu sergahan yang cukup dikenali oleh mereka berdua. Refleks mereka menoleh 90 darjah in fast motion melihat gerangan yg membuat Indra dan Indri rasa nak jadi invisible time 2 gak.

         “Apa kamu berdua buat kat sini, hah???”kuat suara Cikgu Zafran memetir. Matanya mencerlung tajam ke arah kedua-dua pelajarnya yang jelas wajah masing2 dah pucat lesi melihatnya bercekak pinggang.

          Gulp! Indra telan air liur yang rasa kelat. Indri dah berpeluh sakan. Mati kita!!! Itulah yang difikirkan oleh mereka berdua bila bertentang mata antara satu sama lain. Macam ade telepati lak..  

 

Love Fate ~1

       “Wei, tunggulah aku!” Terkedek-kedek gadis genit itu mengejar langkah laju rakan-rakannya yang lain. Kain kurung yang dipakainya itu diangkat sedikit supaya langkahnya lebih laju.

        “Lambat betul kau ni, Indri. Mampus kita kalau nampak dek orang tua tu,”bebel Pacat sambil diperhatikan oleh ahli kumpulan KID yang lain. Safi, Dalie, Tieqa dan A-cha hanya menggeleng kepala melihat Indri yang hanya tersengih.

        “ Sorrylah, tali kasut aku terbukak tadi. Kau tu janganlah kuat sangat membebel. Kang kantoi, kita jugak yang susah.”   

        “Eeh,budak ni. Banyak bunyi pula,” marah Pacat sambil tangannya menyekeh kepala Indri. 

         Indri menggosok-gosok kepalanya yang sakit disekeh oleh Pacat sambil menjelir lidah tanda mengejek. Kawan-kawannya tergelak melihat gelagat Indri dan Pacat.

        “Shuush…korang sumer ni nak mati kena gantung dengan Cikgu Safran ke?”marah Safi dengan perlahan. Ya! Cikgu Safran a.k.a Guru Disiplin yang garangnya tahap gunung berapi kat Jepun tu. “Sorry….”serentak ahli geng yang lain menuturkannya lalu segera mendiamkan diri masing-masing. Mereka tak mahu dibunuh dengan Cikgu Safran dan jelingan tajam Safi.

        Mereka berenam memperlahankan langkah apabila mendekati pintu keluar asrama lalu menyelinap di belakang pohon-pohon rhu  berhampiran dengan bangunan pentadbiran sekolah. Masing-masing memanjatkan doa agar tidak bertembung dengan ‘dia’ di depan pintu.

          Pagi hari Isnin ini merupakan pagi yang malang buat mereka berenam kerana gara-gara membaca novel cintan-cintun tu sampai pukul 3 pagi, mereka terlewat bangun walaupun jam loceng kat sebelah telinga dah berdentum-dentum berbunyi. Itupun tak juga bangun-bangun.Lepas kena jirus ngan air sejuk by our lovely senior, Kak Cacak, baru masing2 celik mata dan jiwa. 

          Akibatnya, terkocoh-kocoh mereka berlumba lari ke bilik air kat hujung koridor dorm untuk berebut-rebut shower. Selipar jamban Dalie dan Indri nyaris2 putus n melayang2 dek berasak-asak ngan member lain kt jln koridor yg sempit. Masing2 mandi ala-ala kerbau yg x cukup time bersiram. Perfume x usah ckp ar...wangi semerbak coz abis separuh botol minyak wangi Silky Girl dak Pacat diorang rembat. End of fairytales and back 2 reality. 

         “Halt!! Red alarm! Cikgu Safran kat depan!” Pacat mengadangkan kedua-dua tangannya sebagai tanda amaran kepada gengnya.“Girls….nyorok cepat! Jangan bagi Incredible Hulk tu dapat tangkap kita. Go! Go! Go!”arah Pacat kepada kawan-kawannya dengan suara yang perlahan.   

         Indri, Tieqa, Safi , Dalie dan A-cha mengangguk  faham pada arahan Pacat selaku ketua Geng KID. Bertempiaran enam sekawan itu berlari menyelamatkan diri macam lipas kudung. Indri pecut marathon sambil memandang kiri dan kanannya untuk memastikan line clear daripada terserempak dengan mana-mana guru terutamanya Cikgu Safran aka Incredible Hulk. Kalau cikgu disiplin aku 2 hensem mcm Jericho Rosales, aku rela angkat tgn serah diri. Kena denda pun tak kisah. Hehehe...gatal gak ko ni Indri. Ape-ape hal pun..run for ur life!!!

************************************************************

 

LOVE FATE ~ Cast

~ SYED INDRA RAFFIQI BIN SYED PUTRA

~ NUR INDRIANA ALIYA BINTI ISMAIL 


~ ANDI @ NAQIUDDIN ALFANDI BIN HUSSIN

LOVE FATE

..Hi, this is also my new n3...tajuk dia LOVE FATE coz FATE yg menemukan kita with the right person to share our LOVE together. This new story revolve love, friendship, n school's memory.


 ~We were far from each other, but the FATE stick our heart together~

 ~I've tried to avoid falling for u , but the FATE made me deeply in love with u~

~ We've tried to forget those feelings, but the FATE meet us back with that feelings~

~I love u and always will fall in love with u~ 

...Kisah 2 hati yg tak mengerti kalau dah jodoh, mereka tetap akan bersama walau sehebat mana rintangan yg terpaksa dilalui. Walau sekuat mana mereka cuba menafikan perasaan yg semakin kuat di hati, FATE has brought them together. Walau sehebat mana si jejaka cuba mengkhianati perasaan hatinya, FATE tetap membuatnya tidak dpt melupakan cintanya. Walau sehebat mana si gadis cuba melupakan rasa cinta yg makin subur, FATE tetap membuatnya sentiasa mencintai si 'dia' dan tetap jatuh cinta hanya dgn 'dia'...

Saturday, May 22, 2010

'Sayang,143' 1

 “Ketepi…! Tepi! Tepi! Bagi laluan!” Dia mengayuh mountain bike birunya dengan laju meredah  di celah-celah orang ramai yang tengah lalu lalang di Jalan Semawar. Jam di tangan kiri dipandang buat kali keberapa pun dia tak tahu. Peluh dah merecik-recik keluar  bukan sebab panas tapi penat mengayuh mountain bike sejauh 3km dari rumah ke sekolah.

'Aduh…mati aku. Hari ni pula nak ada perhimpunan.' Irina mengayuh bikenya sepantas mungkin. 'Aku ni silap hari bulan boleh jadi wakil Malaysia pergi Olimpik kalau tiap-tiap hari aku kayuh laju-laju cam ni.' Bayang Sekolah Menengah Setia Maju mula kelihatan. Irina mempercepatkan lagi kayuhannya sambil berdiri. 

Srettt!!! Irina terhuyung ke depan bila membrek bikenya dengan drastik. Wajahnya kelam bila melihat pintu pagar sekolah telah ditutup. Siap bermangga lagi. Mesti pak cik guard punya kerja!

“Ala…macam mana ni?? 5 minit lagi nak start perhimpunan ni. Hish! Bala sebala-balalah hari ni.” keluh Irina sambil mudar mandir di depan pagar.

“ Apa aku nak buat nie? Aargh, redah jelah…ape nak jadi pun jadilah!”

*******************************************************************

 Irina mengadap dinding batu yang tinggi di depannya itu sambil menggosok dagu. Beg sekolahnya dah selamat sampai di sebelah dinding batu tu. Cuma dirinya yang dari tadi tak dapat-dapat lepas ke sebelah. Kejap-kejap jatuh. Dia mencuba lagi. Kain kurung sekolah dia awal-awal lagi dah disingkatkan supaya senang nak buat projek. Hai, malangnya nasib aku ari ni.

Dia melihat jam tangan Swatch di tangan kirinya sambil termengah-mengah mengatur nafas yang ala-ala nak arwah. Penat-penat dia mengayuh dari rumah ke sekolah dengan kelajuan yang boleh mengalahkan kereta lembu, tup-tu sampai je dia tengok pintu pagar dah tutup. 'Hish, ni yang aku nak angin ni. Lambat sikit je dah tutup gate.' Peluh di dahi dikesatnya dengan belakang tangan. Tak main ar pakai handkerchief ni. 

******************************************************************

“Baik aku pergi kat tempat biasa. Nampaknya, aku memang tak sempat pergi assembly ni. Pak cik guard yang aku tak kamceng langsung pulak yang jaga pagi ni.” Kakinya melangkah laju menuju port biasa yang sudah terpatri dalam hidup Edree Kairi bin Ahmad Naim kalau datang lambat kesekolah.

Eh, sape lak minah ni? Apasal dia ada kat port aku ni? Kairi berjalan perlahan dan berdiri agak jauh dalam 2 meter dari gadis dihadapannya yang dari tadi cuba memanjat dinding sekolah tapi tak lepas-lepas. Dia ketawa mengekek dalam hati meihat gadis genit tu menyumpah-nyumpah dinding yang tak bernyawa. Hampir-hampir meleleh air matanya melihat gelagat gadis tadi yang cuba memanjat ala-ala Indiana Jones tak menjadi.

“ Hish, kesian pulak aku tengok. Nak tolong ke tidak ek? Herm…tolong jelah. Dapat aku top up pahala aku hari ni.” Kairi berjalan kearah Irina dan terus membaling beg sekolahnya ke seberang dinding.

Dari ekor matanya jelas dia melihat gadis tu terperanjat besar bila dia tiba-tiba je baling beg tadi. Tapi dia berpura-pura tak nampak gadis tu. Saja je nak berlagak cool. Dengan sekali lompat Kairi dah selamat landing di atas tembok pagar. Kairi berpusing lalu mencangkung sambil matanya memandang bawah.

Anak mata coklat cair yg cantik itu menjadi santapan mata Kairi hinggalah Irina melarikan anak matanya memandang ke arah lain. Irina berdehem kuat  untuk menyedarkan lelaki senget tu bahawa this is not a right time for us to staring each other !Kairi mengoyak sengih melihat wajah merah Irina. Dia menghulurkan tangannya tanpa ekspresi di wajah.

 "What??" Irina blur. Huluran tangan Kairi dipandang sepi.

 "Miss, we're gonna be late if u don't take my hands now. Lagipun, saya dah penat mencangkung tunggu awak berangan. Saya nak tolong tarik awak lah, makcik !" sindir Kairi.

 'Ek eleh..kerek tol mat senget ni.' Irina merenung wajah Kairi. Ada muka bleh dipercayai ni. 'Ah, gasaklah ape nak jadi !Aku dh lmbt ni. Mahu mengaum Mr. Yong tgk aku lambat'

 "Saya ni berat taw..."ujar Irina ragu2. Huluran tangan Kairi dipegang kuat.

 "Saya taw... Cepatlah!!" gesa Kairi sambil menarik hati2 gadis comel yg dah buat jantung dia dup dap dup dap dari tadi. Hehehe...Ketawa Kairi dalam hati.

 Irina mencebik melihat Kai tersengih menyindir. Who's that kerek guy? Tanpa sebarang amaran, tubuh Irina melayang jatuh ke sebelah dinding dalam sekolah. Matanya dipejam erat2. 

 Gedebuk!!! Elok jer Irina landing atas dada Kai yg dah mengerut tahan sakit.

 Aikk?? Apasal x rasa sakit ni? Rasa best jatuh lagi ada. Irina terdengar erangan kecil menampar telinganya. Automatik terbeliak matanya melihat dirinya di atas Kai. Straight mukanya menjadi merah menahan malu. First time 2 dia berada dlm pelukan lelaki lain selain abang2nya. 

Kai menolak perlahan tubuh Irina lalu berdiri sambil mengibas2 punggungnya yg kotor. Irina yg dah blush turut melakukan perbuatan yg sama untuk mencover rasa malunya tadi. Kai menunduk mengambil beg sekolah miliknya dan Irina yg berhampiran dgn tempat dia berdiri. Dihulurnya beg sandang yg berwarna coklat kepada Irina lalu disambut oleh gadis itu malu2.

"Thanks sebab awak dah byk tolong saya hari ni."Irina menghulurkan tgnnya tanda terima kasih.

"No big deal." Huluran tgn Irina disambutnya dgn senyuman.

 Terpana Irina melihat senyuman jejaka di hadapannya itu. I think I'm fall in love. Huishh! Dasyat sungguh senyman Kai di matanya. Hehehe..

"I'm Kai. Kairi."Sempat lagi sesi mengenalkan diri.

"Hah??!! Kari??!!"Irina garu kepala. Peliknya nama.

"Bukan kari lah...KAIRI. Call me KAI."Kai menyebut namanya dgn jelas lagi.

 "Ohhhh....Saya Irina Qaisara. Panggil Irina je."

 The bond is created between seorang KAI dan IRINA.


 


..'SAYANG, 143' CAST..


~KAI @ EDREE KAIRI BIN AHMAD NAIM


~LUKE @ LUQMAN HAFIZY BIN ZAINI


~ IRINA @ IRINA QAISARA BINTI DATO'AZMI ABDULLAH




~LEED @ NUR AIRIN HALEEDA BINTI ZULKIFLI



~RICH @ FARISH DARWIN BIN HAMDAN



~MIMI @ INTAN SYAMIMI BINTI HAMDAN



~JATT@ SYED FARIZAT AZHARI BIN SYED LUTFI




~WINN @ NUR AZWINDA BINTI  MOHD KHALID




~TEN @ FATEN SYAZWANI BINTI SHAMSURI



~MIKE @ IMRAN MIKHAIL BIN DATO' AZMI ABDULLAH


~RAFF @ IQRAM RAFFAEL BIN DATO' AZMI ABDULLAH



~IZZ @ IZHAM HAIQAL BIN DATO' AZMI ABDULLAH

 



~RIE @ IDLAN KUSYAIRIE BIN DATO' AZMI ABDULLAH



~ FANN @ IRFAN AMSYAR BIN DATO' AZMI ABDULLAH