Yesterday is a History, Today is a Reality, and Tomorrow is a Mystery.

"Cinta x boleh dilihat oleh mata, x boleh didengar oleh telinga, x boleh disentuh oleh tangan. Cinta hanya boleh dirasa dengan hati, seperti hati aku merasa kamu"

Monday, July 5, 2010

Battle~1

Pertempuran antara dua kumpulan. Siapakah yang akan menang dan siapa yang akan tewas? Siapakah dulu akan ‘terjatuh’ atau ‘menjatuhkan’ ego untuk mendapat kebahagian? Battles sexes through and through between them since zaman pampers hingga zaman dah kenal hati dan perasaan....


-Tadika Kemas, 1997-

“Sakitlah terung!!! Pelesit x guna!!! Lepaskan rambut aku!!”  Tangannya menarik kuat telinga si tukang tarik rambut.

“ Kau lepaskan telinga aku dulu!! Auw! Auw!” Sebelah tangannya cuba meleraikan tangan kecil yg menarik telinga kanannya.

“Wei, gila!!! Sakit belakang akulah!! Kau bangun sekarang!!” Suara ketiga marah yg si tukang duduk kat belakangnya.

“Ba ba black sheep, have you any wool… Yes sir! Yes sir! Three bag full…” Tukang duduk plak tutup telinga x dengar..

“Adoi!! Sakit! Sakit! Wei, harimau gila!  Jangan gigit lagi!” Jerit suara kelima sambil menolak2 muka yg mengigit tangannya.

“Phadhan mhuke ko!! Shapa suwuh rhosakkhan barbhie aku!!” Balas suara keenam susah tanpa melepaskan gigitannya.

“Wei, sudahlah tu…nanti cikgu marah.” Rayu si teman yg  ketakutan melihat 3 org kawan pondok2nya tengah berwrestling dgn 3 budak lelaki tadika mereka. Matanya mengalih pandang pada teman disebelah yg tgh gelisah.

“ Guys…stop it! Lelaki x elok gaduh ngan perempuan!” marah teman sebelah tadi pada kawan2nya.

“SHUT UP!!!” Tengking enam suara serentak pada dua orang rakan mereka yg dari tadi memerhati di tepi. Tolong tidak. Tengok jer..

Terkulat2 pasangan yg jadi tukang tengok+nasihat ditengking. Berlari-lari mereka berdua masuk ke dalam tadika. Enam suara tadi masih bergelut di taman kecil sebelah Tadika KEMAS.

“Sakitlah telinga aku!!! Lepaslah!!”

“Tak nak!! Kau lepaskan dulu rambut aku!”

“Hoi, gila!! Aku dah sakit dada ni!! Bangunlah…”

“Cakap dgn lemah lembut dulu. Kau tu perempuan!”

“Wei, berbekas tgn aku nanti! Lepaslah…”

“Shay sowwy firsht!!”

Masing2 tak mahu mengalah. Baik yg lelaki mahupun yg perempuan. Macam-macam aksi wrestling plak tu...ish ish ish...anak sape lah ni...buruk bebenor gayenyer baik hak laki maupun pompuan...


 

No comments:

Post a Comment