Yesterday is a History, Today is a Reality, and Tomorrow is a Mystery.

"Cinta x boleh dilihat oleh mata, x boleh didengar oleh telinga, x boleh disentuh oleh tangan. Cinta hanya boleh dirasa dengan hati, seperti hati aku merasa kamu"

Monday, July 5, 2010

Battle~2

“BERHENTI!!!!” Cikgu Laila beristigfar panjang 5 harakat melihat enam org anak murid tadikanya yg berumur 6 tahun sedang bergaduh dengan bermacam2 pose. Berlari2 children dia kearah taman sebelah kelas selepas dimaklumkan oleh 2 org anak muridnya tentang pergaduhan teman masing2. 

Pasangan yg mengadu tadi mengekori larian Cikgu Laila. Si lelaki memegang tangan si perempuan yg berlari di belakangnya supaya menyamai kelajuannya. Ala-ala runway bride lak main pegang2 tgn...huhuhu

“Adam! Manda! Kid! Iqa! Shah! Yaya! Stop it!!” Cikgu Laila menjerit lantang bila dia menghampiri taman. Dia mengatur nafasnya yg semput+ciput dan memerlukan tangki oksigen akibat lariannya yg x cukup tanah.

Statik enam batang tubuh yg tgh bergelut tadi berhenti bila mendengar jeritan Cikgu Laila yg semakin hampir dgn mereka. Tapi sekejap je… lepas tu sambung balik battle mereka. Makin teruk lagi ada. Hish! x makan saman betul budak2 zmn sekarang. Gerutu Cikgu Laila dlm hati.

“Adam, lepaskan rambut Manda! Manda, lepaskan telinga Adam! Dah merah tu..”Cikgu Laila cuba meleraikan pasangan pertama. Berjaya! Manda menangis kesakitan. Sakit kulit kepalanya ditarik. Ada beberapa helai rambut gugur di tgnnya. Adam pula menggosok2 telinganya yg perit. Merah menyala warnanya. 

“Lila…sakit…”adu Manda pada temannya Lila yg memerhati battle mereka dari awal. 

“Dann, ko tengok telinga aku…perit siot!!” Adam menunjukkan telinganya pada Dann yg bersama dgn Lila dari tadi.

“ Kid! Bangun sekarang! Kesian Iqa tu… dah merah mukanya!” arah Cikgu Laila pada Kid yg elok jer bertenggek kat belakang Iqa yg dari tadi menyumpah-nyumpah. Muka pulak toya semacam jer...syg betul...muka comel tapi heartless. 

“Bangunlah, bengong!!! Cikgu...tengok dia ni... Dia dengki ngan saya...” Iqa mengadu dgn suara yg macam dah putus nafas. Air mata dah lama meleleh2 di pipi.

Melihat Iqa yg dah hampir lemas, Kid segera bangun dan berdiri disebelah Adam dgn muka toyanya lagi. Muka kesian...hemm...langsung x de! Dia memandang atas langit dgn tangan dimasukkan dlm poket seluar.

 Manda dan Lila segera membantu Iqa bangun dan menepuk debu-debu yg melekat pada uniform Iqa. Kesan air mata dilap dgn tisu yg dibawa Lila.

Pasangan ketiga agak sukar dileraikan oleh Cikgu Laila bila Yaya x mahu melepaskan gigitannya pada tangan Shah.

“Cikgu..sakit…” Shah hampir2 menangis. Tapi dikontrol lagi...Yelah...jatuh saham lelaki menangis. X macho kay... 

“Yaya! Let go Shah’s arm! Now!” Muka Cikgu Laila merah menahan marah. Dia cuba menarik kepala Yaya dari tgn Shah. X boleh juga. Hish, kuat betul si Yaya ni gigit Shah. X boleh jadi ni!

Shah yg dah x tahan sakit, menolak sepenuh tenaga kepala Yaya dari tangannya. Tangannya direntap kasar. Nasib baik terlepas gigitan Yaya. Dibelek2 tangannya yg dah berdarah kecil kesan gigitan Yaya tanpa menyedari Yaya yg ditolaknya tadi jatuh lalu dahinya terhantuk pada batu bata di tepi buaian.

“Yaya!!!!!!!” bergema satu taman tu dgn jeritan Cikgu Laila, Manda, Iqa dan Lila yg jelas panik melihat darah yg menyembur2 keluar dari luka di dahi Yaya yg pengsan.

Shah dan kawan2nya tergamam melihat scene yg x terduga dan x dirancang langsung berlaku di depan mata mereka. Kaki masing2 bagaikan dipaku. Like statues. Yang mereka dengar, tangisan 3 org gadis hilang disebalik bunyi deruman kereta Cikgu Laila meninggalkan halaman tadika.

The rest is history. Bermulalah satu battle terhebat antara mereka berlapan dari tadika hingga ke sekolah menengah. Battle sexes between them through and through betullah. Kalah Hitler punya battle dulukala...Ni battle modern punya dah mai...Dlm kamus hidup mereka dah tercatat nama immortal enemy masing2. Adam vs Manda, Kid vs Iqa, Shah vs Yaya and Dann vs Lila.

No comments:

Post a Comment