Yesterday is a History, Today is a Reality, and Tomorrow is a Mystery.

"Cinta x boleh dilihat oleh mata, x boleh didengar oleh telinga, x boleh disentuh oleh tangan. Cinta hanya boleh dirasa dengan hati, seperti hati aku merasa kamu"

Saturday, May 22, 2010

'Sayang,143' 1

 “Ketepi…! Tepi! Tepi! Bagi laluan!” Dia mengayuh mountain bike birunya dengan laju meredah  di celah-celah orang ramai yang tengah lalu lalang di Jalan Semawar. Jam di tangan kiri dipandang buat kali keberapa pun dia tak tahu. Peluh dah merecik-recik keluar  bukan sebab panas tapi penat mengayuh mountain bike sejauh 3km dari rumah ke sekolah.

'Aduh…mati aku. Hari ni pula nak ada perhimpunan.' Irina mengayuh bikenya sepantas mungkin. 'Aku ni silap hari bulan boleh jadi wakil Malaysia pergi Olimpik kalau tiap-tiap hari aku kayuh laju-laju cam ni.' Bayang Sekolah Menengah Setia Maju mula kelihatan. Irina mempercepatkan lagi kayuhannya sambil berdiri. 

Srettt!!! Irina terhuyung ke depan bila membrek bikenya dengan drastik. Wajahnya kelam bila melihat pintu pagar sekolah telah ditutup. Siap bermangga lagi. Mesti pak cik guard punya kerja!

“Ala…macam mana ni?? 5 minit lagi nak start perhimpunan ni. Hish! Bala sebala-balalah hari ni.” keluh Irina sambil mudar mandir di depan pagar.

“ Apa aku nak buat nie? Aargh, redah jelah…ape nak jadi pun jadilah!”

*******************************************************************

 Irina mengadap dinding batu yang tinggi di depannya itu sambil menggosok dagu. Beg sekolahnya dah selamat sampai di sebelah dinding batu tu. Cuma dirinya yang dari tadi tak dapat-dapat lepas ke sebelah. Kejap-kejap jatuh. Dia mencuba lagi. Kain kurung sekolah dia awal-awal lagi dah disingkatkan supaya senang nak buat projek. Hai, malangnya nasib aku ari ni.

Dia melihat jam tangan Swatch di tangan kirinya sambil termengah-mengah mengatur nafas yang ala-ala nak arwah. Penat-penat dia mengayuh dari rumah ke sekolah dengan kelajuan yang boleh mengalahkan kereta lembu, tup-tu sampai je dia tengok pintu pagar dah tutup. 'Hish, ni yang aku nak angin ni. Lambat sikit je dah tutup gate.' Peluh di dahi dikesatnya dengan belakang tangan. Tak main ar pakai handkerchief ni. 

******************************************************************

“Baik aku pergi kat tempat biasa. Nampaknya, aku memang tak sempat pergi assembly ni. Pak cik guard yang aku tak kamceng langsung pulak yang jaga pagi ni.” Kakinya melangkah laju menuju port biasa yang sudah terpatri dalam hidup Edree Kairi bin Ahmad Naim kalau datang lambat kesekolah.

Eh, sape lak minah ni? Apasal dia ada kat port aku ni? Kairi berjalan perlahan dan berdiri agak jauh dalam 2 meter dari gadis dihadapannya yang dari tadi cuba memanjat dinding sekolah tapi tak lepas-lepas. Dia ketawa mengekek dalam hati meihat gadis genit tu menyumpah-nyumpah dinding yang tak bernyawa. Hampir-hampir meleleh air matanya melihat gelagat gadis tadi yang cuba memanjat ala-ala Indiana Jones tak menjadi.

“ Hish, kesian pulak aku tengok. Nak tolong ke tidak ek? Herm…tolong jelah. Dapat aku top up pahala aku hari ni.” Kairi berjalan kearah Irina dan terus membaling beg sekolahnya ke seberang dinding.

Dari ekor matanya jelas dia melihat gadis tu terperanjat besar bila dia tiba-tiba je baling beg tadi. Tapi dia berpura-pura tak nampak gadis tu. Saja je nak berlagak cool. Dengan sekali lompat Kairi dah selamat landing di atas tembok pagar. Kairi berpusing lalu mencangkung sambil matanya memandang bawah.

Anak mata coklat cair yg cantik itu menjadi santapan mata Kairi hinggalah Irina melarikan anak matanya memandang ke arah lain. Irina berdehem kuat  untuk menyedarkan lelaki senget tu bahawa this is not a right time for us to staring each other !Kairi mengoyak sengih melihat wajah merah Irina. Dia menghulurkan tangannya tanpa ekspresi di wajah.

 "What??" Irina blur. Huluran tangan Kairi dipandang sepi.

 "Miss, we're gonna be late if u don't take my hands now. Lagipun, saya dah penat mencangkung tunggu awak berangan. Saya nak tolong tarik awak lah, makcik !" sindir Kairi.

 'Ek eleh..kerek tol mat senget ni.' Irina merenung wajah Kairi. Ada muka bleh dipercayai ni. 'Ah, gasaklah ape nak jadi !Aku dh lmbt ni. Mahu mengaum Mr. Yong tgk aku lambat'

 "Saya ni berat taw..."ujar Irina ragu2. Huluran tangan Kairi dipegang kuat.

 "Saya taw... Cepatlah!!" gesa Kairi sambil menarik hati2 gadis comel yg dah buat jantung dia dup dap dup dap dari tadi. Hehehe...Ketawa Kairi dalam hati.

 Irina mencebik melihat Kai tersengih menyindir. Who's that kerek guy? Tanpa sebarang amaran, tubuh Irina melayang jatuh ke sebelah dinding dalam sekolah. Matanya dipejam erat2. 

 Gedebuk!!! Elok jer Irina landing atas dada Kai yg dah mengerut tahan sakit.

 Aikk?? Apasal x rasa sakit ni? Rasa best jatuh lagi ada. Irina terdengar erangan kecil menampar telinganya. Automatik terbeliak matanya melihat dirinya di atas Kai. Straight mukanya menjadi merah menahan malu. First time 2 dia berada dlm pelukan lelaki lain selain abang2nya. 

Kai menolak perlahan tubuh Irina lalu berdiri sambil mengibas2 punggungnya yg kotor. Irina yg dah blush turut melakukan perbuatan yg sama untuk mencover rasa malunya tadi. Kai menunduk mengambil beg sekolah miliknya dan Irina yg berhampiran dgn tempat dia berdiri. Dihulurnya beg sandang yg berwarna coklat kepada Irina lalu disambut oleh gadis itu malu2.

"Thanks sebab awak dah byk tolong saya hari ni."Irina menghulurkan tgnnya tanda terima kasih.

"No big deal." Huluran tgn Irina disambutnya dgn senyuman.

 Terpana Irina melihat senyuman jejaka di hadapannya itu. I think I'm fall in love. Huishh! Dasyat sungguh senyman Kai di matanya. Hehehe..

"I'm Kai. Kairi."Sempat lagi sesi mengenalkan diri.

"Hah??!! Kari??!!"Irina garu kepala. Peliknya nama.

"Bukan kari lah...KAIRI. Call me KAI."Kai menyebut namanya dgn jelas lagi.

 "Ohhhh....Saya Irina Qaisara. Panggil Irina je."

 The bond is created between seorang KAI dan IRINA.


 


No comments:

Post a Comment