Yesterday is a History, Today is a Reality, and Tomorrow is a Mystery.

"Cinta x boleh dilihat oleh mata, x boleh didengar oleh telinga, x boleh disentuh oleh tangan. Cinta hanya boleh dirasa dengan hati, seperti hati aku merasa kamu"

Monday, May 24, 2010

Love Fate ~3

        

        “Sapulah betul-betul sikit!!! Ada sampah lagi dekat dengan pintu tu…”marah Indri bengang. Lelaki di depannya ditenung geram. Mana dia tak marah, macam zombi je dia sapu lantai koridor tu. ”Mangkuk tingkat…zombi lembik...!” luah Indri tanpa disedarinya.

          Indra buat bodoh je mendengar gadis di belakangnya membebel. Huh! Kalau dah perempuan tu perempuan jugak. Zombi lembik dipanggilnya aku yang sikit punya tough ni. Nak kena minah ni. Penyapu di tangannya dicampak kasar betul-betul di depan kaki Indri.

           “Woi, apa ni?? Kau gila ke apa main campak-campak penyapu.” Indri mula hilang sabar. Tangannya dikepal kuat. Geramnya!

           “Kau diam sikit boleh tak!!! Memekak je dari tadi. Aku tahulah sapu macam mana. Kau buat kerja kau, aku buat kerja aku!!”marah Indra sambil berhadapan dengan Indri. Matanya merenung tajam ke dalam anak mata Indri yang hitam berkilat.

           Terpesona dia sekejap melihat keindahan di wajah Indri. Ligat kepala otaknya bekerja mengingati peristiwa pagi tadi yang melekatkan dirinya dan Indri selama sebulan. Sweet N Sour memori tu…

           “Di depan saya ni adalah dua orang pelajar yang lambat datang ke sekolah. Dahlah datang lambat, berani pulak menyembunyikan diri daripada pengawasan sekolah!”sindir Cikgu Zafran lalu mengerling dua pelajarnya yang sedang berdiri mengadap semua pelajar Sekolah Menengah Seri Kembangan. Biar malu sikit! Lepas ni, mesti tak berani buat lagi.

*************************************************************

          Indri dan Indra dah merah muka menahan malu. Cikgu Zafran ni tak patut betul! Baik dirotannya aku dari disuruh berdiri depan khalayak dengan mamat lembik ni.‘Aku malu….’Indri dah mula mengutuk Cikgu Zafran di dalam hati.

          “Sebagai hukuman ke atas kesalahan mereka, Nur Indriana Aliya dan Syed Indra Raffiqi dikehendaki membersihkan kawasan sekolah termasuklah longkang2 yg wujud dlm sekolah ni selama sebulan! Mereka akan memulakan denda mereka selepas tamat sekolah mulai hari ini.” Arahan Cikgu Zafran bergema di ruang dataran itu.

           Indra dan Indri berpaling maut ke arah Cikgu Zafran yang sedang berdiri di atas podium. Rahang bawah dah jatuh. Kemudian, mereka berpandangan antara satu sama lain tak percaya. Geng Indri yang terselamat dan rakan-rakan Indra menggeleng kesian. Mereka mengeluh mengenangkan nasib rakan mereka yang terkantoi. Tapi dlm hati rasa lawak tengok muka cemberut rakan masing2.

           Hai, apalah nasib aku! Mamat ni betul-betul mencabar tahap cooling point aku. Tapi, renungan dia tu…err..buat aku cair ar. Wait a minute! Stop!!! Apa kau ngarut ni, Indri? He’s your enemy! Hilang skru ape otak aku ni. Perasaan halus tadi segera dia usir jauh-jauh. Indri mengeluh di dalam hati. Dia segera mendongakkan kepalanya untuk menentang pandangan lelaki itu. Hish! Tinggi betul dia ni. Tinggi aku pun takat bahu dia je.

       “Apa?? Ingat aku takut bila kau tenung aku macam singa. Huh! Dalam mimpi jelah.” Tapi hakikatnya dia gerun melihat renungan lelaki di hadapannya itu. Terasa lemah semua sendi otot kakinya. 

         Indra mengigit bibir bawah. Geram dengan karenah Indri yang berani menjawab. Matanya meratah segenap inci wajah comel lote di depannya itu. Hehehe…rezeki jangan ditolak. Okay, back to business! Indra kembali fokus.

          “Oh, yeah… kita tengok kau kebal sangat ke tak…”ugut Indra. Indri mengerut dahi tidak faham. Bertambah lebar kerutan di dahinya bila kedua-dua bahunya tiba-tiba dipegang oleh mamat ‘lembik’ dan bertambah kencang debaran di dada apabila tubuhnya dirapatkan kepada badan Indra. 

           “Woi, apa kau buat ni…? Lepaslah! Kau jangan buat yang bukan-bukan! Kita kat sekolah ni! Lepaslah, hantu!!” tengking Indri. Hatinya bertambah kecut apabila Indra mendekatkan wajahnya pada mukanya. Gila ke mamat ni!!

          

 

No comments:

Post a Comment