Yesterday is a History, Today is a Reality, and Tomorrow is a Mystery.

"Cinta x boleh dilihat oleh mata, x boleh didengar oleh telinga, x boleh disentuh oleh tangan. Cinta hanya boleh dirasa dengan hati, seperti hati aku merasa kamu"

Monday, May 24, 2010

Love Fate ~1

       “Wei, tunggulah aku!” Terkedek-kedek gadis genit itu mengejar langkah laju rakan-rakannya yang lain. Kain kurung yang dipakainya itu diangkat sedikit supaya langkahnya lebih laju.

        “Lambat betul kau ni, Indri. Mampus kita kalau nampak dek orang tua tu,”bebel Pacat sambil diperhatikan oleh ahli kumpulan KID yang lain. Safi, Dalie, Tieqa dan A-cha hanya menggeleng kepala melihat Indri yang hanya tersengih.

        “ Sorrylah, tali kasut aku terbukak tadi. Kau tu janganlah kuat sangat membebel. Kang kantoi, kita jugak yang susah.”   

        “Eeh,budak ni. Banyak bunyi pula,” marah Pacat sambil tangannya menyekeh kepala Indri. 

         Indri menggosok-gosok kepalanya yang sakit disekeh oleh Pacat sambil menjelir lidah tanda mengejek. Kawan-kawannya tergelak melihat gelagat Indri dan Pacat.

        “Shuush…korang sumer ni nak mati kena gantung dengan Cikgu Safran ke?”marah Safi dengan perlahan. Ya! Cikgu Safran a.k.a Guru Disiplin yang garangnya tahap gunung berapi kat Jepun tu. “Sorry….”serentak ahli geng yang lain menuturkannya lalu segera mendiamkan diri masing-masing. Mereka tak mahu dibunuh dengan Cikgu Safran dan jelingan tajam Safi.

        Mereka berenam memperlahankan langkah apabila mendekati pintu keluar asrama lalu menyelinap di belakang pohon-pohon rhu  berhampiran dengan bangunan pentadbiran sekolah. Masing-masing memanjatkan doa agar tidak bertembung dengan ‘dia’ di depan pintu.

          Pagi hari Isnin ini merupakan pagi yang malang buat mereka berenam kerana gara-gara membaca novel cintan-cintun tu sampai pukul 3 pagi, mereka terlewat bangun walaupun jam loceng kat sebelah telinga dah berdentum-dentum berbunyi. Itupun tak juga bangun-bangun.Lepas kena jirus ngan air sejuk by our lovely senior, Kak Cacak, baru masing2 celik mata dan jiwa. 

          Akibatnya, terkocoh-kocoh mereka berlumba lari ke bilik air kat hujung koridor dorm untuk berebut-rebut shower. Selipar jamban Dalie dan Indri nyaris2 putus n melayang2 dek berasak-asak ngan member lain kt jln koridor yg sempit. Masing2 mandi ala-ala kerbau yg x cukup time bersiram. Perfume x usah ckp ar...wangi semerbak coz abis separuh botol minyak wangi Silky Girl dak Pacat diorang rembat. End of fairytales and back 2 reality. 

         “Halt!! Red alarm! Cikgu Safran kat depan!” Pacat mengadangkan kedua-dua tangannya sebagai tanda amaran kepada gengnya.“Girls….nyorok cepat! Jangan bagi Incredible Hulk tu dapat tangkap kita. Go! Go! Go!”arah Pacat kepada kawan-kawannya dengan suara yang perlahan.   

         Indri, Tieqa, Safi , Dalie dan A-cha mengangguk  faham pada arahan Pacat selaku ketua Geng KID. Bertempiaran enam sekawan itu berlari menyelamatkan diri macam lipas kudung. Indri pecut marathon sambil memandang kiri dan kanannya untuk memastikan line clear daripada terserempak dengan mana-mana guru terutamanya Cikgu Safran aka Incredible Hulk. Kalau cikgu disiplin aku 2 hensem mcm Jericho Rosales, aku rela angkat tgn serah diri. Kena denda pun tak kisah. Hehehe...gatal gak ko ni Indri. Ape-ape hal pun..run for ur life!!!

************************************************************

 

No comments:

Post a Comment